Punca kerosakan pada perabot.
- Papan di bahagian atas meja mudah tercabut kerana selalu diangkat.
- Kaki kerusi goyah disebabkan murid selalu duduk dengan cara yang tidak betul.
- Papan tempat duduk kerusi patah atau tercabut kerana kerusi terjatuh dan goyah.
- Skru engsel tercabut kerana pintu almari ditolak ke belakang dengan kuat ketika membukanya.
- Engsel berkarat dan ketat kerana tidak pernah diminyakkkan.
- Penyandar kerusi tercabut disebabkan skru tidak diketatkan.
- Skru, paku dan tupai-tupai longar kerana meja dan kerusi yang tidak pernah disenggara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan